KUCHING: Sebanyak 134 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sarawak, hari ini, sekali gus jumlah kumulatif meningkat kepada 304,708 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 43 kes dalam kategori 1 dan 90 tergolong dalam kategori 2.

“Manakala, satu kes tergolong dalam kategori 4 melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 38 kes, diikuti Miri (24), Bintulu (17), Sibu (12), Subis (5), Asajaya (4), Mukah (4), Pusa (4), Samarahan (3) dan Limbang (3).

“Sementara Sarikei dua kes, Sri Aman (2), Kanowit (2), Kapit (2), Saratok (2) dan masing-masing satu di Serian, Betong, Bau, Lubok Antu, Dalat, Lundu, Kabong, Julau, Pakan dan Meradong,” ujarnya.

Tambahnya, satu kes kematian dilaporkan melibatkan warga emas, 85, dari Kuching yang memiliki latar belakang masalah kesihatan darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung.

Mengulas lanjut, JPBN memberitahu tiada kluster baharu diisytiharkan.

Suara Sarawak