KUCHING: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam kejadian kemalangan kendiri di Jalan Stutong Baru, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, tujuh orang anggota diketuai PBK II Iskandar Apet dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.29 pagi itu.

TEPI JALAN… Alphard terbabas dalam kejadian kemalangan kendiri

“Setibanya di lokasi, sebuah kereta jenis Toyota Alphard didapati terbabas ke seberang jalan dalam kemalangan kendiri sehingga mengakibatkan pemandu tersepit.

“Mangsa, 64, berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Manakala, cucu perempuan, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit

Suara Sarawak