KUCHING: Sarawak merekodkan empat kematian baharu akibat Covid-19 melibatkan dua individu lelaki dan dua wanita.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kesemua individu terbabit berusia dalam lingkungan 47 hingga 95 tahun dengan tiga daripadanya mempunyai latar belakang penyakit.

Sementara itu, JPBN memberitahu Sarawak mencatatkan sebanyak 648 kes baharu Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 298,989.

“Daripada jumlah tersebut, Daerah Kuching merekodkan kes tertinggi sebanyak 243 kes, diikuti Miri dan Bintulu masing-masing 74 kes, Sibu 58 kes, Bau 25 kes.

“Manakala daerah Samarahan 24 kes, Sarikei 20, Subis 15 kes, Sri Aman (12), Pusa (12), Serian (9), Asajaya (8), Saratok (8), Mukah (7), Belaga (6), Tebedu (6), Simunjan (5), Lundu (5), Limbang (5), Matu (5).

“Daerah Betong pula mencatat sebanyak empat kes, diikuti Daro sebanyak tiga kes, Marudi dua kes, Meradong (2), Kapit (2), Kanowit (2), Selangau (2), Telang Usan (2), Sebauh (2), Lubok Antu (1), Lawas (1), Tatau (1), Song (1), Pakan (1) dan Beluru satu kes.,” jelasnya.

Suara Sarawak