KUCHING: Sarawak kini mempunyai dua pilihan penerbangan terus bagi laluan Pulau Pinang-Kuching bermula Isnin ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Sri Lee Kim Shin.

Menurutnya, ia susulan syarikat Firefly bakal memulakan penerbangan untuk lalu terbabit sebanyak tujuh kali seminggu mulai 11 April ini.

“Pada masa ini, satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan Pulau Pinang-Kuching ialah Airasia Berhad dengan 14 penerbangan seminggu.

“Justeru, diharap dengan adanya dua syarikat yang mengendalikan laluan itu, ia akan mewujudkan lebih banyak variasi, ketersediaan dan pilihan penerbangan termasuk kadar tambang yang berpatutan bagi menarik lebih ramai pelawat ke Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, operasi penerbangan Firefly adalah setiap hari tiba dengan berlepas dari Kuching ke Penang pada jam 4.40 petang.

Terdahulu pada Mac, syarikat Firefly menyatakan penerbangan tersebut menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang mampu memuatkan sehingga 189 penumpang.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak