TATAU: Seramai 100 orang yang layak menerima sumbangan wang tunai RM100 beserta hamper bernilai RM80 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, hanya 88 penerima hadir menerima sumbangan tersebut pada majlis Sejambak Kasih Aidilfitri yang diadakan di Masjid Daerah Tatau, di sini.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, inisiatif itu bertujuan untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena perayaan yang bakal tiba.

Fatimah menyampaikan wang tunai dan hamper kepada salah seorang penerima sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri.

Pada majlis yang sama turut disampaikan kad OKU dan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada masing-masing dua penerima, plak dan perakuan pendaftaran kepada taska-taska.

Turut disampaikan juga seunit kerusi roda, cek sumbangan kepada Masjid Darul Ibadah, Tatau dan Lembaga Amanah Khairat Islam Tatau.

Fatimah menyampaikan plaque dan perakuan pendaftaran kepada Taska di Rumah Anak Anak Bijak.

Untuk rekod, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bintulu telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM953,100 untuk 669 orang penerima bantuan bulanan bagi Daerah Tatau dari Januari sehingga April 2022.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Noriah Ahmad dan Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan hadir sama.

 

Fatimah menyampaikan Kenyalang Gold Card kepada salah seorang penerima.

Suara Sarawak