KUCHING: Hospital Sentosa Kuching memohon bantuan orang ramai bagi mengesan ahli keluarga atau waris seorang pesakit yang sekarang berada di Wad Forensik Lelaki Hospital Sentosa Kuching.

Menurut kenyataan pihak Hospital Sentosa, pesakit lelaki berkenaan bernama Jong Phin Ngian, berusia 50 tahun, berbangsa Cina/Buddha dan alamat terakhir pesakit ialah Jalan Jee Jun, Siniawan Bau.

Pesakit ini telah berada di Hospital Sentosa sejak 20 Julai 2006 sehingga kini.

Usaha pihak hospital untuk menghubungi ahli keluarga dan waris pesakit bagi perbincangan lanjut mengenai pesakit setakat ini masih gagal.

Sehubungan itu, orang awam yang mengenali pesakit, waris atau ahli keluarga pesakit dimohon dan diseru untuk menghubungi segera pihak hospital melalui Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Mohamad Sukran Kana di talian 011-58552256 atau Wad Forensik Lelaki Hospital Sentosa di talian 082-612321.

Disediakan oleh : Nur Hani Abdullah (BMKK)
Sumber Foto : Hospital Sentosa Kuching

Suara Sarawak