KUCHING: Padah memukul Lans Koperal polis menggunakan kayu rotan hingga menyebabkan kecederaan, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,500 selepas mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan tertuduh Hamdzah, 45, dijatuhi hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dia sengaja mencederakan mangsa, Sivakumaran Ilangovan, 30, menggunakan kayu rotan di sebuah kedai kopi di Malihah, si sini, kira-kira jam 6.15 petang, 1 Mei 2020.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu dan kawannya yang menunggang motosikal balik dari sebuah kedai kopi telah berlanggar dengan saksi yang menggunakan kereta.

Oleh kerana takut, saksi kemudian memanggil tertuduh untuk datang menyelesaikan kes kemalangan tersebut.

Semasa tiba di tempat kejadian, pengadu telah melakukan provokasi dengan tertuduh hingga menyebabkan insiden memukul pengadu, kesannya pengadu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima tiga jahitan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kayu rotan yang digunakan tertuduh memukul anggota polis.

Suara Sarawak