KUCHING: Sebanyak 3,000 kit ujian pantas RTK serta 24 unit Oximeter diagihkan kepada lapan badan bukan kerajaan (NGO) bagi melancarkan proses bantuan yang disalurkan oleh mereka.

Datuk Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng berharap, bantuan daripada Kelab Rotary Kuching itu dapat memberi inspirasi dan aspirasi kepada masyarakat yang mempunyai matlamat sama bagi melahirkan komuniti yang lebih baik, penyayang dan sihat.

“Tidak lama lagi, Hari Raya Aidilfitri. Justeru, kita harus mengingati kepentingan dan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik.

“Bantuan kepada mereka ini amat digalakkan daripada pelbagai pihak bagi meringankan beban dipikul oleh golongan tersebut,” katanya ketika berucap dalam program Sumbangan Kit Ujian Antigen Air Liur kepada NGO di AIA, Milan Square, di sini, hari ini.

Sementara, wakil Kelab Rotary Ngo Sie Haw menjelaskan, kebanyakan NGO mengalami kekurangan dana untuk membeli kit ujian, oximeter dan seumpamanya untuk komuniti mereka.

“Justeru, kami berbesar hati untuk menyerahkan 3,000 kit ujian, 24 unit oksimeter, dan 80 unit topeng muka N94 & N95 kepada NGO di Kuching, dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 700 orang.

Dalam pada itu, lapan NGO yang menerima sumbangan tersebut ialah Salvation Army Boys Home, Salvation Army Girls Home, Pusat Jagaan Nur Murni , Bulan Sabit Merah, Persatuan Orang Buta Sarawak, Persatuan Cerebral Palsy, S.O.S Kids dan Persatuan Autistik Kuching.

Datuk Wee Hong Seng ketika berucap dalam program Sumbangan Kit Ujian Antigen Air Liur kepada NGO di AIA, Milan Square
pic 2: Hong Seng menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Kelab Rotary kepada lapan NGO yang terlibat

Suara Sarawak