KUCHING: Lebih 1,000 jawatan kosong tersedia menerusi program “Temu Duga Khas Belia” anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Eksekutif Kumpulan Institusi Pembelajaran Kumpulan Sarawak Skills Hallman Sabri berkata, inisiatif tersebut merupakan platform terbaik untuk membantu orang ramai meneroka pelbagai peluang kerjaya yang ada.

Dedahnya, antara syarikat yang akan mengambil bahagian dalam program tersebut adalah Danum Sinar Sdn. Bhd, Longi (Kuching) Sdn. Bhd, Hock Lee Hotel & Residences, Press Metal Bintulu Sdn. Bhd., PMB Aluminium Sdn. Bhd, Perbena Emas Sdn. Bhd, Kumpulan Syarikat Limar, Hartanah Trading Sdn. Bhd. dan Agensi Pekerjaan IRC Sdn. Bhd.

“Selain itu, Hemisphere (Grand Margherita/Riverside Majestic/Riverside Astana Wing), Ciri Kuasa Sdn. Bhd., Sarawak Skills, Daya Kuasa Suria Sdn. Bhd., Gerbang Alaf Restaurant Sdn. Bhd., Veonic Technology Sdn. Bhd., Swee Chong Construction Sdn. Bhd., Koperasi Keluarga Sumiran, T.T Agency, Shrila Premier Consult dan Raya Khas Sdn. Bhd,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru bagi individu yang ingin mencari pekerjaan, dinasihatkan untuk menyediakan dokumen berkaitan seperti resume, sijil dan gambar berukuran pasport.

“Bagi yang berminat, mereka juga digalakkan untuk membuat pra-pendaftaran melalui pautan yang dipaparkan dalam laman Facebook Sarawak Skills terlebih dahulu,” katanya lagi.

Tambahnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana acara dua hari itu akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Program tersebut terbuka kepada orang ramai bermula 25 dan 26 April ini pada jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Maklumat lanjut berkaitan program boleh terus menghubungi nombor berikut, 019-6597564 (Luqman); 019-2909849 (Priscillalozia) atau 019-2894347 (Asyraf).

Poster program “Temu Duga Khas Belia” anjuran Sarawak Skills dan Perkeso

Suara Sarawak