KUCHING: Lelaki tempatan berusia 49 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul kenalan wanitanya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, yang bekerja sebagai buruh selepas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Pendaftar Mahkamah Morni Litar Mokhtar.

Morni Litar yang menggantikan Majistret Zubaidah Sharkawi kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 5 April depan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 31 tahun dengan memegang dan menghisap buah dada tanpa kerelaan serta berniat untuk mencabul kehormatan mangsa.

Dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah sewa anak tertuduh di Kampung Stutong, sekitar jam 10 pagi, 27 Mac lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga sepuluh tahun atau dengan denda atau dengan sebatan, atau mana-mana daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, mangsa telah menerima satu video dari aplikasi Whatapps daripada adik perempuannya yang menunjukkan tertuduh memegang dan menghidap buah dada pengadu, sehari selepas kejadian.

Semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana tertidur akibat mabuk.

Oleh sebab itu, mangsa lalu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut kerana khuatir akan keselamatan diri.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suara Sarawak