Lelaki dikhuatiri hilang di hutan

SERIAN: Seorang lelaki dikhuatiri hilang di hutan Kampung Pridan, Jalan Mentung Murau di sini sejak semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 9.40 pagi, hari ini selepas mangsa, 59, tidak balik ke rumah kebunnya sejak jam 6 petang semalam.

Katanya usaha mencari mangsa juga dilakukan oleh penduduk kampung sejak semalam namun gagal menemui mangsa.

“Susulan laporan yang diterima, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi turut menggunakan khidmat anjing pengesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pencarian turut membabitkan pihak polis.

Suara Sarawak