KEKAL BERSEMANGAT…Pemain KC FC fokus ketika sesi latihan.

KUCHING: Pengemudi Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim tidak melihat peluang akan lebih memihak kepada anak-anak buahnya untuk memenangi perlawanan menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

Sebaliknya, beliau akan berwaspada sepanjang saingan bagi mengelak keputusan luar jangkaan berlaku.

Lantaran, menghambat keinginan mereka untuk beroleh tiga mata yang begitu dihajati.

“Kita berdepan dengan pemain muda dan walaupun pasukan pelawat berstatus pembangunan.

“Dari apa yang saya lihat, mereka mempunyai kelebihan dari segi tahap kecergasan,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Justeru, beliau turut mengingatkan kepada barisan pemain yang akan diturunkan pada perlawanan itu kelak berusaha mengelak melakukan kesilapan mudah.

The City Boys selepas mengharungi dua perlawanan berada di kedudukan ke-7 dan menggumpul tiga mata.

Mengatasi pesaing mereka itu yang menghuni tangga ke-8 kekal tanpa sebarang mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

“Perbezaan yang ada tidak boleh dijadikan penanda aras, dan kedua-duanya mempunyai misi yang sama iaitu mahukan kemenangan,” jelas Irfan lagi.

Menurut Irfan, beliau akan menurunkan rangkaian kesebelasan terbaik untuk memastikan misi beroleh tiga mata tercapai.

Suara Sarawak