KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei (PBBS) Abang Zaini Abang Ismail menegaskan, pihaknya belum menetapkan tarikh untuk penganjuran Liga Sarikei 2022.

Bagaimanapun katanya, bayangan awal pelaksanaan pada bulan Jun depan.

“Tarikh penganjuran belum ada, tetapi cadangan awal adalah untuk memulakan saingan kejohanan berprestij itu pada bulan Jun,” ujar Abang Zaini kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah beliau, pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat yang akan melibatkan barisan Exco PBBS bagi membincangkan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) memberitahu, pihaknya terpaksa memberi laluan beberapa penganjuran program sukan lain terlebih dahulu.

“Ada beberapa program sukan lain akan berlangsung dalam masa terdekat. Disebabkan tidak mahu berlaku pertembungan masa dan tarikh, maka kejohanan ditentukan pada bulan tersebut,” jelas Abang Zaini lagi.

Sambil percaya saingan Liga Sarikei 2022 akan berlangsung dengan rancak seperti diharapkan.

PRESIDEN PBBS…Abang Zaini.

Suara Sarawak