KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC), B. Sathiananthan akan tetap mempertaruhkan kelibat Francis Kone untuk menerajui jentera serangan pasukannya menjelang perlawanan menentang Terengganu FC di Stadium Negeri, Petra Jaya Ahad ini.

Meskipun, bintang import tinggi lampai itu masih gagal menjaringkan sebarang gol selepas mengharungi empat perlawanan dalam kempen Liga Super 2022.

“Saya masih memberi kepercayaan kepada Kone untuk menerajui jentera serangan perlawanan pada hujung minggu ini.

“Beliau mampu memberi impak pada bahagian benteng pasukan lawan walaupun masih belum menemui sentuhan sebenarnya selepas empat perlawanan,” jelas Sathiananthan kepada Arena Suara Sarawak.

Lagipun tegasnya, ketika ini beberapa penyerang masih belum pulih daripada kecederaan.

“Justeru, kita terpaksa menggunakan kudrat Kone dan berharap beliau dapat menjaringkan sebarang gol yang mampu menjadi penyumbang kemenangan yang dicari SU FC ketika ini,” ujarnya.

Tambah bekas pengemudi skuad kebangsaan itu, beliau akan melakukan sedikit rombakan dalam usaha memastikan keseimbangan diposisi tertentu pada aksi kelima bagi pasukannya hujung mi

“Walaulpun kita tahu Terengganu FC masih belum mencatat sebarang kemenangan dan menghuni tangga tercorot, namun wakil pantai timur itu pasti akan cuba untuk membuat kebangkitan,” jelasnya lagi.

TERUS JADI SANDARAN…Francis Kone terus diberi kepercayaan.

Suara Sarawak