MIRI: Lima lelaki diberkas kelmarin kerana disyaki terlibat memecah masuk sub-stesen telekomunikasi di Niah yang mengakibatkan kerugian RM15,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, kesemua suspek warga tempatan itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi Op Lusuh di hadapan premis kedai makan di Sepupok Niah kira-kira jam 3.30 petang.

Menurutnya, tangkapan dibuat empat hari selepas kejadian itu disedari oleh pekerja sub-stesen semasa menjalankan pemeriksaan rutin mereka.

Beberapa barangan dilaporkan hilang dipercayai dicuri.

Kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Sentral untuk siasatan lanjut.

Kelima suspek ditahan untuk siasatan lanjut

Suara Sarawak