Operasi judi online dalam pangsapuri

PADAWAN: Sebuah pangsapuri di Jalan Batu Kawah yang dijadikan sebagai pusat panggilan judi dalam talian diserbu semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dua lelaki warga asing berumur 27 tahun turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 11.35 malam.

Katanya, premis tersebut digunakan untuk mengurus kegiatan judi dalam
talian dan telah beroperasi lebih kurang empat bulan.

“Hasil maklumat awal yang diperolehi kegiatan beroperasi selama 24 jam dan kesemua suspek tinggal dalam pangsapuri yang sama serta berkerja mengikut penggiliran.

“Setiap suspek menerima gaji sebanyak RM1,500 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sindiket banyak menggunakan laman sesawang judi seperti 918 kiss, Mega888, Evo888 dan Pussy 888.

Tambahnya, operasi turut merampas dua unit komputer pelbagai jenama, dua unit telefon bimbit plebagai jenis dan satu unit modem.

Katanya, kes disiasat di bawah Sekusen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Polis melakukan serbuan dan pemeriksaan pada apartment yang dijadikan pusat panggilan judi dalam talian.

 

Dua lelaki warga asing bekerja ditahan ketika serbuan.  

Suara Sarawak