KUCHING: Kehebatan pasangan Ramlie Putih dan Wahab Johari sukar ditandingi apabia berjaya muncul juara Pertandingan Pangkah Gasing Berpasangan Spaoh 2022.

Mereka mengetepikan pencabar handalan iaitu pasangan Bujang Ujih dan Sahrol Nizam selaku pemenang tempat kedua pada aksi final yang begitu mendebarkan di Gelanggang Gasing Kampung Spaoh, Betong malam tadi.

Kejayaan itu, membolehkan pasangan pilihan popular itu membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan pingat.

Manakala, wang tunai RM500 selain piala dan pingat untuk Bujang Ujih dan Sahrol Nizam.

Dalam pada itu, dua lagi pasangan iaitu Abang Suhordie Abang Zaini/Imran Muriady dan Mohd. Salihin Adam/Ahmad Nizam Abang Suhordie yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM250 , piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Sebanyak 16 pasukan berentap dalam pertandingan anjuran Kelab Sulan Gasing Spaoh (KSGS) itu.

Penasihat pertandingan, Abang Suhordie Abang Zaini mewakili jawatankuasa penganjur mengucap terima kasih kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban selaku penaung kelab terbabit atas sokongan diberikan untuk menjayakan pertandingan tersebut.

SEBAGAI KENANGAN….Pemain berjaya merakam.gambar sebagai kenangan.

Suara Sarawak