KUCHING: Pelbagai program telah dan akan dilaksanakan oleh Kelab Berbasikal Matang Jaya (MJCC) sepanjang tahun ini.

Usaha ke arah itu dilihat sebagai pendekatan terbaik memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutama peminat sukan berbasikal.

Setiausaha MJCC, Ahmad Zuraimi Sekawi memberitahu, beberapa program telah dilaksana oleh pihaknya sejak awal tahun ini.

“Antaranya, program kayuhan amal mencakupi pelbagai peringkat umur,” ujar Zuraimi ketika ditemui Arena Suara Sarawak semasa Program Pengagihan Bubur Lambuk, Jalan Matang sebentar tadi

Program terbabit yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak telah disempurnakan oleh Senator Datuk Zaiedi Suhaili.

Sebanyak 500 bungkus bubur diagih kepada pengguna jalan raya kawasan berkenaan.

SERAH…Datuk Zaiedi Suhaili (kiri) menyerah bubur lambuk kepada salah seorang pengguna jalan kawasan terbabit.

Suara Sarawak