KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak united FC (SU FC), Satiananthan R. Bashkran memuji prestasi dan semangat juang dipamer oleh anak-anak buahnya ketika menentang Sabah FC di gelangang Stadium Negeri, Ahad lalu.

Beliau sambil itu mengakui nasib bagaimanapun lebih memihak kepada Sabah FC selepas berjaya menjaringkan satu gol menerusi jaringan penalti pada minit ke-80.

“Saya berbangga dengan prestasi pemain-pemain saya. Lawan kita bukan mudah dan mereka juga bekerja keras untuk menang dan semestinya kita tidak bernasib baik dan tidak menyebelahi kita.

“Kita cuma dibarisi pemain-pemain tidak berpengalaman serta terdiri daripada pemain dari piala presiden tapi kita menunjukkan semangat yang tinggi dan mampu memberikan saingan terhadap salah sebuah pasukan terbaik dalam Liga Super,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan Derbi Borneo semalam.

Sementara itu, Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mendedahkan pasukannya terpaksa bekerja keras untuk mengesahkan tiga mata penuh milik The Rhinos dalam aksi Derbi Borneo pada malam tersebut.

“Ini perlawanan tradisi dan sememangnya kita menjangkakan pertembungan kedua-dua pasukan borneo akan tampil sukar berdasarkan kekuatan pasukan masing-masing,” katanya.

Tambahnya, taktikalnya turut memberi kesan dalam memastikan taktik hantaran bola tinggi dan menggunakan khidmat penyerang tinggi pihak lawan berjaya dipatahkan sepanjang perlawanan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak