KUCHING: Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan mengadakan lawatan di Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman mulai 18 hingga 26 April ini.

JKNS dalam kenyataan memberitahu, perkhidmatan lawatan untuk masyarakat tersebut akan diteruskan sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.

“Sehubungan itu, masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut diharap dapat menunggu di kediaman atau rumah panjang masing-masing bagi memberi laluan kepada lawatan PDU ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi Ketua Penolong Pegawai Perubatan U42, Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga JKNS, Junaidi Othman, di talian 082-473 200 (ext 296).

Maklumat lanjut mengenai lawatan PDU ini adalah seperti dalam lampiran gambar di bawah.

Suara Sarawak