KUCHING: Pertandingan Bertuntong Online Satok Kedua 2022 (BOS22) memasuki tahun kedua penganjurannya, dicadang supaya dimasukkan ke dalam aktiviti kalendar pelancongan.

Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, ini kerana aktiviti tahunan itu akan menarik pelancong asing dan domestik yang turut sama mahu menikmati kemeriahan sambutan Aidilfitri.

“Mereka akan merancang untuk datang ke Sarawak pada setiap kali sambutan Aidilfitri jika ia dimasuk ke dalam kalendar pelancongan.

“Keunikan bertuntong ini sudah menjadi tradisi warisan kitamalah sebelum merdeka lagi, justeru ia harus dikekal untuk memeriahkan suasana malam sambutan Aidilfitri,” katanya selepas melancarkan Majlis Bertuntong Online Satok 2022 di pekarangan rumah Mahli Udin, Jalan Haji Kassan, di sini.

Ia dianjurkan Kamek Asal Orang Satok (KAOS) dengan kerjasama Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok (PKPS), Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Hadir sama, Pengerusi KAOS, Mohd Abdul Rahman Adenan,

Menurut Ibrahim, pertandingan itu merupakan inisiatif baik kerana ia platform untuk merapatkan hubungan penduduk kampung memandangkan kawasan Satok dihuni pelbagai kaum dan agama

“Kawasan ini terdiri daripada kaum Melayu, Iban, Cina dan yang lain, maka aktiviti ini dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di antara penduduk kampung dan agensi kerajaan,” katanya.

Pertandingan itu terbuka kepada penduduk yang tinggal di kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok mulai 23 April hingga 10 Mei, menawarkan hadiah wang tunai.

Suara Sarawak