KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) berjaya mara ke pusingan kedua kempen Piala FA 2022.

Ia berikutan barisan kendalian jurulatih berpengalaman luas, Irfan Bakti Abu Salim menumpaskan UiTM FC (2-0) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Dua gol The City Boys pada perlawanan itu dijaringkan oleh Shafizi Iqmal Md Khirudin pada minit ke-55 dan Mohamad Alif Hassan minit ke-62.

Aksi sama pantas diperaga rangkaian kesebelasan utama kedua-dua pasukan.

Tuan rumah dilihat gagal menembusi gawang pelawat meskipun mempunyai beberapa peluang terbaik sepanjang saingan babak pertama.

Justeru, ia memaksa Irfan Bakti mengubah strategi permainan sebaik bersambung babak kedua.

Nyata, tindakan dilakukannya berbaloi apabila menyaksikan dua gol berjaya dijaringkan sekali gus mencetak tiket ke pusingan kedua.

RAI JARINGAN…Shafizi Iqmal Md Khrudin (tengah) merai jaringan bersama rakan-rakannya. – FOTO ALIF NONI

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak