SERAH…Raymond Sim Hee Pang (kiri) menyerah bola tajaan LSC kepada Datuk Abdullah Julaihi (kanan) selepas sidang media.

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Kampung Sambir, Asajaya (Piala Pusingan ADUN Asajaya, Datuk Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah) Edisi Ke-54 akan berlangsung bermula pada hari raya ketiga.

Penaung Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB), Datuk Abdullah Julaihi berkata kejohanan tertua di Sarawak, yang mula diperkenalkan pada tahun 1967 itu kembali dianjurkan setelah tidak dilangsungkan disebabkan pandemik Covid-19.

“Seperti biasa kejohanan berprestij ini akan kembali berlangsung, ia akan bermula pada hari raya ketiga,” katanya pada Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Kampung Sambir Edisi ke-54 oleh Lea Sports Centre di Sarawak Plaza, hari ini.

Majlis penyerahaan tajaan itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Lea Holdings (M) Sdn. Bhd., Raymond Sim Hee Pang.

Hadir sama Presiden KBSB Jalek Jafar dan beberapa ahli jawatankuasa penganjur.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak