KUCHING: Berita gembira buat peminat bola sepak khususnya di dua Bahagian Kuching dan Samarahan.

Ia berikutan akan berlangsung kembali Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Kampung Sambir, Asajaya (Piala Pusingan Adun Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah) Edisi Ke-54.

Kejohanan tertua di Sarawak yang mula dianjur sejak tahun 1967 itu seperti biasa akan berlangsung pada hari raya ketiga.

Presiden Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB) Jalek Jafar memberitahu, pihaknya selaku badan penganjur akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan secara terperinci kejohanan itu.

“Pada perbincangan awal, kita memang bercadang untuk menganjur kembali kejohanan berprestij itu.

“Namun, keputusan muktamad hanya akan dapat diketahui pertengahan bulan ini,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya semua peminat pasti teruja untuk kembali menyaksikan kejohanan yang mempunyai sejarah serta nostalgia tersendiri itu setelah dua tahun tidak dianjurkan akibat penularan Covid-19.

PRESIDEN KBSB…Jalek Jafar.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak