KUCHING: Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Sarawak (DAPSY) dengan kerjasama Kolej Bandaraya Kuala Lumpur bakal menawarkan Program Biasiswa Untuk Lepasan SPM.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, program biasiswa itu akan membantu pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian ke peringkat diploma dengan yuran serta penginapan ditaja sepenuhnya.

“Selain itu, pelajar yang mengikuti program ini akan dibayar elaun bulanan RM1,000 hingga RM1,200,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, ahli DAPSY merangkap pembantu khas ADUN Pending Violet Yong Wui Wui, George Lam menjelaskan bahawa syarat permohonan untuk Diploma Pengurusan Peruncitan adalah keputusan SPM mesti mempunyai sekurang-kurangnya tiga kredit.

“Mereka yang hanya mempunyai satu kredit dalam SPM juga boleh memohon kursus Sijil Peruncitan selama 2 tahun, manakala yang tidak mempunyai kredit boleh memohon Program Penguasaan Bahasa Inggeris,” jelasnya.

Bagi mereka yang berminat, boleh menyertai sesi mesyuarat Zoom dengan wakil Kolej pada 24 April ini jam 3 petang bertempat di ibu pejabat DAP di Kuching bagi mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan pendaftaran.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak