KUCHING: Tempoh sebulan sepanjang bulan Ramadan tidak menganggu rutin azali pemain Sarawak United FC III (SU FC III).

Malah, barisan kendalian jurulatih berpengalaman luas (Pengiran Bala) tetap berlatih seperti biasa.

Pengurus Pasukan Nazri Ahmad Lai memberitahu, terdapat sedikit perbezaan pada jadual latihan pemain pada bulan puasa ini.

“Terdapat dua sesi latihan iaitu sesi petang dan malam.

“Bagi pemain beragama Islam yang menjalani ibadah puasa pada siangnya, mereka hanya mengikuti pada sebelah malam,” ujar Nazri kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau turut menjelaskan tidak ada masalah bagi pemain menyesuaikan diri dengan norma baharu itu sejak bermulanya bulan puasa.

Jelas Nazri, penting bagi pemain meneruskan rutin latihan seperti biasa bagi mengekal tahap kecergasan masing-masing.

PENGURUS….Nazri Ahmad Lai.

Meskipun, saingan untuk kempen Liga Piala Belia 2022 hanya akan bersambung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Skuad SU FC III yang menjadikan Stadium Miri sebagai gelanggang rasmi untuk saingan musim ini diundi berada dalam Kumpulan C dan masih belum lagi mencatat sebarang kemenangan.

Malah skuad tersebut menghuni tangga tercorot dengan satu mata selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

CARTA TERKINI

Suara Sarawak