KOTA SAMARAHAN: Sebuah rumah di Kampung Binyuk, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 8 malam itu turut memusnahkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 8.54 malam.

Susulan itu, katanya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dibantu lapan anggota BBP Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan rumah setingkat jenis struktur tidak kekal yang berukuran 10×20 meter persegi telah terbakar 100 peratus.

Api sedang marak dan memusnah sebuah rumah di Kampung Binyuk malam tadi.

“Pasukan bomba telah berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada jam 9.55 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera semasa kejadian.

Pasukan bomba memadam api pada sebuah kereta.

Suara Sarawak