KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani akan mengadakan satu hari Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada 4 Mei 2022 (Hari Kedua Aidilfitri) bertempat di Hotel Pullman Kuching.

Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan, berkata orang ramai dijemput hadir antara jam 10 pagi hingga 3 petang pada hari tersebut dengan berpakaian kemas dan sopan dan dikehendaki mematuhi arahan para penyambut tetamu atau ahli keselamatan yang bertugas.

Para tetamu juga dikehendaki memastikan diri mereka sihat atau tidak bergejala dan mematuhi SOP terbaharu bagi majlis sambutan Hari Raya seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Suara Sarawak