KUCHING: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama Pusat Pembangunan Kemahiran Berneo (BSDC) sebagai langkah untuk menawarkan sijil antarabangsa dalam pengurusan peruncitan.

Menurut Jurucakap Sarawak Skills, MoA itu akan menyediakan peluang kepada mana-mana individu berusia 21 hingga 35 tahun khususnya pemegang diploma dan ijazah sarjana muda untuk memperoleh sijil berkaitan industri pengurusan peruncitan.

“Program dua bulan bulan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dengan pihak BSDC akan menyelaras latihan serta peperiksaan para peserta,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tambahnya, penyertaan terbabit juga memboleh para peserta memperoleh kelayakan berkaitan industri peruncitan selain mendapat sijil tamat latihan yang disahkan oleh National Open College Network (NOCN), United Kingdom bersama Sarawak Skills dan pihak BSDC.

Terdahulu, MoA tersebut ditandatangi oleh Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri dan Pengarah BSDC Machat Puthur Unnikrishnan di Ibu Pejabat Sarawak Skills di sini, semalam.

Hallman (kanan) dan Machat (kiri) masing-masing menunjukkan MOA yang telah ditandatangani

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak