KUCHING: Skuad Petanque Sukma Sarawak akan menghantar barisan atlet ke Sabah untuk menyertai Kejohanan Petanque Tiga Berpasangan Terbuka Sabah 2022 yang dijadualkan berlangsung 21 hingga 22 Mei depan di Arena Politeknik Kota Kinabalu.

Penolong Jurulatih, Artilla Sulaiman menegaskan, pihaknya belum memutuskan jumlah atlet yang akan turut serta dalam kejohanan selama dua hari itu.

Apa yang pasti katanya, atlet dari skuad elit dan pelapis akan diberi peluang menyertai kejohanan itu kelak.

“Kita belum dapat memberi gambaran berapa jumlah atlet yang akan turut serta, namun setakat ini atlet dari skuad elit dan pelapis berada dalam radar,” ujar Artilla kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau akui pembabitan atlet dalam kejohanan itu bertujuan sebagai pendedahan awal mereka disamping landasan terbaik untuk memperbaiki mutu permainan masing-masing.

“Ada antara atlet terbabit yang akan bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2022.

“Justeru, inilah peluang untuk memperbaiki mutu permainan mereka,” tambah Artilla lagi.

PENOLONG JURULATIH…Artilla Sulaiman.

Dalam perkembangan lain, Artilla turut mengakui sesi latihan atlet sedikit berbeza sepanjang bulan Ramadan yang dijalankan sebelah petang dan malam.

PANTAU…Artilla Sulaiman (kanan) memerhati kelibat atletnya ketika latihan.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak