KUCHING: Sarawak United FC (SUFC) sekali lagi dikecewakan di laman sendiri selepas tewas (0-2) dalam aksi perlawanan menentang Terengganu FC, semalam.

Jaringan pembuka seawal minit ke-8 oleh penyerang import Terengganu, Kpah Sean Sherman yang mudah menampan bola kebahagian kanan gawang lawan.

SUFC seakan-akan buntu mencari gol penyamaan biarpun menentang 10 pemain Terengganu FC selepas Kpah dikenakan kad merah pada minit ke-34 akibat mengasari pertahanan lawan.

Manakala gol kedua Terengganu FC hasil gerakan solo pemain gantian Muhammad Zuasyaraf Zulkiefle menerusi serangan balas pada minit tambahan masa kedua (90+2).

Ketiadaan beberapa tonggak utama ternyata menjadi mimpi ngeri buat pasukan kendalian Satiananthan R. Bashkran sekali gus menjadi kekalahan keempat pasukan menjelang aksi kelima mereka dalam liga.

Untuk rekod, SUFC bakal bertemu PJ City FC di gelanggang lawan minggu hadapan.

KEKANG… Faisal Halim (kanan) dikawal ketat oleh kapten pasukan SUFC Ashri Chuchu (kiri)

Suara Sarawak