Wanita ditahan jual mercun dan bunga api tanpa permit

MUKAH: Seorang wanita ditahan selepas disyaki menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api di sebuah kedai di pasar lama di sini, pada Sabtu.

Pemilik kedai berusia 50 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Mukah sekitar jam 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, ketika pemeriksaan, suspek mengaku baru menyewa kedai berkenaan pada awal Oktober tahun lalu.

“Polis mendapati semua bunga api dan mercun itu dijual dan dipamerkan di bahagian bawah rak berhadapan kaunter pembayaran.

“Hasil pemeriksaan lanjut suspek didapati tidak mempunyai lesen atau permit untuk menjual bahan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Rizal berkata, susulan itu, sebanyak 302 kotak mercun dan 206 bungkusan bunga api bernilai RM4,500 turut dirampas.

Antaranya ialah 150 kotak Kecil Mercun Pop Pop V8500, sembilan kotak Bunga api Glow Of Sun Set FF020, 30 kotak Coloured Flowers w026A, dua batang Bunga api Happy Boom Magical shoots 140 shots (v280), 10 kotak Glow Of Sunset L301XL, dua kotak Thunder Clap Rocket 1008A, empat bungkus Plastik lut sinar Triangle Boom (Happy Boom) TSH-HF609, dan 192 batang Magical Shot 30 VT-6240

Selain itu, polis turut merampas empat kotak “Whistling Moon Taavellers 0445” , tiga kotak “Happy Boom Sun Sparkles KT977”, dua kotak “Happy Boom v30, 88 kotak “Sun Lee Hung SFC 265”, 4 kotak “Happy Boom Top Gun KT1115”, dua batang “Cylinder Fountain SF-Baby 3060”, dua keping “Assorted Celebration Cake Repeater 39 shots HD8138, 3 keping “Assorted Celebration Cake Repeater 49 shots V4049”, satu “the highroller 36 shots SF-562” dan satu gulung “Cansumer Fireworks UN0336.

“Siasatan lanjut akan dibuat terhadap suspek mengenai penglibatan beliau dalam kes ini.

“Barang rampasan dirujuk kepada Jabatan Kimia dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Mercun dan Bunga Api) IPD Mukah,” katanya.

Antara mercun dan bunga api yang dirampas dalam serbuan polis di Mukah, kelmarin.

 


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak