KUCHING: Polis menahan seorang wanita warga asing kerana menyalahgunakan salinan kad pengenalan warganegara Malaysia untuk mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata pihaknya menerima laporan mengenai tindakan suspek itu kira-kira jam 10.53 pagi semalam.

“Suspek didapati mendaftar masuk ke wad hospital berkenaan menggunakan salinan dokumen pengenalan diri warganegara Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dokumen perjalanan diri yang telah tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat mengikut Peraturan 25(1)(o) Akta Pendaftaran Negara 1990 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sehubungan itu, Ahsmon menasihati orang ramai agar sentiasa peka dan memastikan penggunaan salinan dokumen pengenalan diri dalam setiap urusan dijaga dengan rapi dan tidak berkongsi dokumen tersebut dengan mana-mana pihak.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak