ASAJAYA: Wanita warga emas ditemukan selamat selepas hampir kira-kira 16 jam hilang di dalam kawasan kelapa sawit berhampiran Kampung Tanjung Apong, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa, Chong Khiuk Fah, 94, dijumpai oleh keluarganya sendiri pada jam 3.03 pagi, hari ini.

“Mangsa dijumpai dalam radius 2.5 kilometer dari kediamannya.

“Mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada jam 9.53 malam tadi.

Jelasnya mangsa dikatakan keluar berjalan ke arah hutan di belakang rumahnya kira-kira jam 11 pagi namun selepas itu tidak balik ke rumah.

Susulan itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya bersama-sama penduduk kampung membuat operasi pencarian dalam radius satu kilometer tetapi tidak menjumpai mangsa.

Katanya setelah berbincang dengan keluarga mangsa, persetujuan telah dicapai agar operasi ditangguhkan sementara pada jam 11.40 malam dan akan disambung semula hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak