KUCHING: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Satok di sini, petang ini.

Turut mengiring Yang di-Pertuan Agong ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Adun Satok Datuk Ibrahim Baki.

Seri Paduka Baginda turut berkenan membeli juadah berbuka puasa dan meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung di bazar Ramadan tersebut.

Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat ke majlis berbuka puasa dan santapan malam di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya, hari ini.

Suara Sarawak