LUNDU: Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Sarawak menyantuni masyarakat Islam di Kampung Prian, di sini, sempena Program Penyampaian Sumbangan Ramadan dan berbuka puasa, semalam.

Disambut mesra oleh penduduk kampung, aktiviti tahunan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pekema Peduli itu telah memilih Kampung Prian sebagai lokasi pelaksanaannya, pada tahun ini.

Rombongan yang diketuai oleh Pemangku Presiden, Datuk Ismail Abang Saufi itu turut menyampaikan beberapa sumbangan kepada penduduk kampung antaranya, dua unit kipas siling, satu unit sistem audio dan beberapa bakul makanan.

Selesai sesi penyampaian sumbangan, majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah sebelum rombongan kembali ke Kuching.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Pekema Sarawak, Yusuf Roy Fitri Datuk Mohd Johnny serta urusetia.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak