KUCHING: Dana Kekayaan Berdaulat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak dijangka mula beroperasi pada tahun 2024, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara menurutnya, ordinan penubuhan dana yang bermodelkan antaranya Government Pension Fund Global Norway ini akan dibentangkan pada persidangan DUN November hadapan.

“Sekarang ini Sarawak mempunyai rizab kewangan yang terbesar antara negeri-negeri dan pertambahan kepada simpanan negeri ini harus dilaburkan semula sebahagiannya untuk memberi pulangan hasil.

“Ia termasuk memberikan manfaat kepada generasi akan datang melalui penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat tersebut.

“Saya menjangkakan dana ini, jika tidak ada aral melintang, akan mula beroperasi pada tahun 2024,” katanya dalam perutusan sempena Hari Gawai Dayak 2022.

Beliau yakin langkah-langkah yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini untuk memperkukuhkan ekonomi.

Suara Sarawak