MENANTI PEMAIN…Joseph Lau Ka Hoo (kanan) menyerah replika kunci kereta Toyota Vios kepada Stephen Mau selepas sidang media.

KUCHING: Seramai 120 orang pemain akan berentap dalam Kejohanan Golf Amal Pra-Gawai Persatuan Pengilang Sarawak (SMA) – Kelab Golf Sarawak (KGS) yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Presiden SMA, Joseph Lau Ka Hoo memberitahu, hadiah menarik berupa kereta Toyota Vios tajaan syarikat Trans Paint Marketing Sdn. Bhd. bakal dibawa pulang pemain yang berjaya melakukan pukulan ‘Hole-In-One’.

“Di samping pelbagai hadiah menarik lain tajaan beberapa syarikat terlibat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, objektif penganjuran pertandingan amal ini untuk menggumpul dana bagi disalur kepada rumah kebajikan.

“Selain, dilihat landasan terbaik dalam memupuk gaya hidup sihat melalui sukan,” ujarnya sambil memberitau para pemain yang menyertai kejohanan tersebut mewakili dua badan induk berkenaan (SMA & KGS).

Sementara itu, selesai sidang media turut berlangsung majlis penyerahan replika kunci kereta terbabit kepada Pengerusi Pertandingan, Stephen Mau.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden PIBAKAT, Zaidi Ahmad serta wakil penaja terlibat.

Suara Sarawak