Rubiah (tengah) bergambar bersama semua pemenang dalam pelbagai kategori aktiviti larian ‘La Promenade Fitness Weekend’

KOTA SAMARAHAN: Sekitar 1,350 peserta telah menyertai acara larian anjuran Hock Seng Lee (HSL) dan Grit Events Management sempena Hari Ibu Sedunia di sekitar pusat beli-belah La Promenade, hari ini.

Larian tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang dengan melancarkan sesi Flag Off (berlepas).

Acara larian itu menyaksikan empat kategori iaitu larian separuh maraton 21km, 10km dan 5km dan larian keseronokan 3km.

Pada masa sama, Rubiah turut menyempurnakan majlis dengan penyampaian pingat dan hadiah kepada semua pemenang dalam pelbagai kategori yang disediakan oleh pihak penganjur.

Program yang berlangsung selama dua hari itu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai kerana ia merupakan acara larian pertama diadakan sejak penularan pandemik Covid-19 pada tahun 2019.

Suara Sarawak