MUKAH: Kerosakan jambatan kuning di sini dipercayai berpunca daripada rempuhan kren dari tongkang.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, kejadian itu mengakibatkan jambatan terbabit mengalami sedikit kerosakan.

Bagaimanapun katanya, tiada kereta yang terlibat dalam kejadian tersebut dan ia tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada orang awam.

“Difahamkan tindakan susulan sudah pun diambil oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sehubungan itu, kita juga menasihatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika melalui kawasan ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, ” katanya ketika di hubungi.

Terdahulu, kerosakan jambatan itu mendapat perhatian warga internet apabila ia tular di laman sosial Facebook.

Kerosakan sedang diperbaiki oleh JKR dan tidak mengganggu lalu lintas. Foto – IPD Mukah

Suara Sarawak