Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin

KUCHING: Program tarif tambang bas RM1 mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah kumulatif 4.5 juta penumpang bagi tempoh Mei 2020 hingga Febuari 2022.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, program ini dimulakan dengan 12 syarikat bas yang beroperasi di 23 laluan iaitu di Kuching, Sibu dan Miri tetapi kini jumlahnya telah meningkat kepada 56 laluan meliputi Kuching, Samarahan, Sibu, Sarikei, Miri dan Bintulu.

“Pada 12 Mei tahun ini, program tersebut telah dilancarkan di Bintulu untuk mengaktifkan semula perkhidmatan bas henti-henti di bandar tersebut,” katanya dalam ucapan penggulungan pada pada persidangan hari keenam Dun Sarawak Ke-19, hari ini.

Menurutnya, kementeriannya akan terus menambah baik perkhidmatan bas henti-henti dengan memperkenalkan inisiatif baharu.

“Ia termasuk menjalankan tinjauan tingkah laku perjalanan dan penggunaan perkhidmatan bas, membangunkan infrastruktur dan kemudahan bas termasuk laluan pejalan kaki dan kehijauan (footpath and greenery), pokok berlorek, perhentian bas yang selamat dan selesa sebagai serta kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU).

“Kementerian saya juga akan bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam pembangunan sistem pengangkutan awam bersepadu yang melibatkan pengesanan dan pemantauan pengangkutan serta sistem pembayaran yang mudah,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak