KUCHING: Tindakan India menyekat eksport gandum tidak menjejaskan bekalan di Malaysia.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Kementerian Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) susulan Kerajaan India mengumumkan larangan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta pada 14 Mei lalu.

Tindakan tersebut juga disebabkan gelombang haba akibat cuaca panas terik sekali gus telah menjejaskan hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.

“Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

“Justeru, larangan India mengeksport gandum tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KPDNHEP memberitahu seramai 2,200 penguat kuasa mereka akan sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak