Nasrul (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Rundi (kanan) pada Rakaman Program Aco Lepa Ajau Birami Gawai “Sayu Adau Ledoh” di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching, semalam.

KUCHING: Peranan Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah bukan hanya memberikan subsidi tetapi turut membantu masyarakat.

Menterinya Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ia khususnya kepada golongan petani dan nelayan supaya mempunyai pendapatan yang stabil untuk menjamin masa hadapan.

“Perkara tersebut kerana mereka mahu membentuk masyarakat atau komuniti yang berdikari dan boleh hidup sendiri.

“Jika subsidi terus diberikan untuk jangka masa panjang, mereka akan terus menghadapi keadaan yang sama dan terus bergantung kepada bantuan, ini bukan satu langkah ke hadapan untuk kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rakaman Program Aco Lepa Ajau Birami Gawai “Sayu Adau Ledoh” di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching, semalam.

“Bagaimanapun, saya tidak menafikan bahawa pada peringkat awal kita memang memerlukan bantuan tetapi ia bukan selamanya,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau mahu melihat masyarakat khususnya petani hidup dengan mengikut peredaran teknologi.

Hadir sama Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin, Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) Sarawak Nasrul Hakim Mohd Noh serta wakil yang lain.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak