KUCHING: Kes Covid-19 di Sarawak mencatat penurunan iaitu 295 kes pada minggu ke-20 epidemik berbanding 377 kes pada minggu ke-19 epidemik.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kes kumulatif Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 306,246 kes.

“Bagi kes kategori klinikal 1 dan 2, sebanyak 288 kes dilaporkan pada minggu ke-20 epidemik.

“Manakala, kes kategori klinikal 3, 4 dan 5 mencatatkan tujuh kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jawatankuasa itu berkata, Daerah Kuching merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 83 kes diikuti Miri (68), Sibu (48), Bintulu (22), Samarahan (13) dan Serian (10).

Katanya, lain-lain daerah mencatatkan satu digit kes iaitu Pusa (6 kes), Limbang (4 kes), Kanowit, Kapit, Telang Usan dan Dalat (masing-masing 3 kes), Bau, Simunjan, Tatau, Saratok, Asajaya, Matu, Belaga (masing-masing 2 kes) dan Kabong, Tebedu, Song dan Lundu (masing-masing 1 kes).

Sementara, satu kes kematian dilaporkan di Daerah Miri pada minggu ke-20 epidemik.

Suara Sarawak