KUCHING: Sarawak mencatatkan sejumlah 256 kes Covid-19 sepanjang minggu epidemiologi (epid) ke-18 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 305,574.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah tersebut 244 adakah kategori 1 dan 2 manakala 12 kes kategori 3, 4 dan 5.

“Sehubungan itu pada minggu epid ke-18 ini juga, daerah Kuching mecatatkan 52 kes positif, diikuti Bintulu (31), Sibu (37), Miri (41), Samarahan (9), Serian (17), Limbang (7), Mukah (3), Sri Aman (2), Simunjan (4) serta Bau (1).

“Manakala dua kes dilaporkan di Betong, Sarikei (9), Subis (7), Julau (3), Asajaya, Matu dan Lubok Antu (2), Saratok, Meradong dan Lundu (3), Lawas (4), Dalat (3), Pusa (6), Selangau (1), dan Marudi (2),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, hanya dua kematian akibat Covid-19 dari Kuching dilaporkan pada minggu epid ke-18.

Suara Sarawak