KUCHING: Sarawak mencatat 377 jumlah kes baharu Covid-19 bagi minggu ke-19 epidemik menjadikan kes kumulatifnya meningkat kepada 305,951 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan jumlah terbabit meningkat berbanding minggu sebelumnya yang mencatat sebanyak 256 kes baharu.

“Minggu epidemik ke-19 menunjukkan Kuching merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes, diikuti Miri sebanyak 59 kes, Sibu (38), Bintulu (43), Serian (15), Samarahan (9), Sarikei (10), Limbang (9), Subis (8) dan Pusa dua kes.

“Manakala Simunjan mencatat empat kes, Mukah (12), Saratok (1), Meradong (5), Lundu (1), Sri Aman (8), Betong (4), Lubok Antu (2), Marudi (1), Bau (5), Selangau (1), Kapit (3), Kabong (3), Tebedu (2), Kanowit (4), Tatau (2), Sebauh (1), Daro (3), Beluru (1), Song (2) dan Tanjung Manis satu kes,” kata kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, kenyataan itu mengesahkan tiada sebarang kematian dilaporkan akibat Covid-19 dilaporkan berlaku pada minggu ke-19 epidemik.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak