KUCHING: Pemain kriket wanita Sarawak, Nur Dania Syuhada Abedul Samad, 17, dipilih menyarung jersi skuad kriket kebangsaan bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Kriket Piala Dunia 2023 Zon Asia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 1 hingga 14 Jun nanti.

Anak jati kelahiran Kampung Tabuan Melayu, Kuching itu yang merupakan pelajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil dipilih mewakili pasukan negara mengambil kira kredibiliti serta bakatnya.

Presiden Persatuan Kriket Sarawak (SCA), Awang Mahyan Awang Mohamed gembira tatkala mengetahui bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tabuan Hilir itu terpilih mewakili pasukan kebangsaan.

“Syabas dan tahniah kepada beliau kerana terpilih untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.

“Saya berdoa dan berharap beliau dapat memberikan yang terbaik untuk kem negara nanti,” jelas Awang Mahyan kepada Arena Suara Sarawak.

HEBAT…Nur Dania Syuhada.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak