KUCHING: Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Rayu, Matang, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 3.01 petang.

“Kejadian membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan berumur 34 dan 17 tahun.

“Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian dan dibantu enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Batu Lintang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, setakat jam 5.40 petang, kedua-kedua mangsa belum dijumpai oleh pasukan PPDA.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak