ALWIN LAWRENCE

MUKAH : Dua buah rumah di Kampung Tutus Hilir di sini musnah sepenuhnya dalam satu insiden kebakaran sekitar jam 5 petang tadi.

Kebakaran… dua buah rumah hangus dalam kebakaran pada petang Khamis di Mukah.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dimaklumkan tentang kejadian tersebut kira-kira jam 5.04 petang

“Didapati kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal dan ia telah terbakar 100 peratus,” katanya.

Jelasnya, pasukan BBP Mukah yang diketuai PPGB Azman Hanapis kini masih dan sedang menjalankan operasi pemadaman dan mengawal api yang sedang marak.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan sehingga berita ini ditulis punca kebakaran masih belum diketahui.

Laporan dari semasa ke semasa akan terus dikemaskini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak