KUCHING: Dua individu terselamat dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bandarasah, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kebakaran
dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.22 petang.

Beliau berkata, dua gelandangan yang menghuni rumah terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan semasa kejadian

“Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan, kebakaran yang memusnahkan 100 peratus rumah dua tingkat jenis struktur tidak kekal itu berjaya dikawal pada jam 6.41 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini..

Setakat ini, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak